Wednesday, February 17, 2010
Lima Undang-Undang Emas
" Sebuah beg yang berat berisi emas atau tanah liat diukir dengan kata-kata bijaksana: jika kamu mempunyai pilihan, yang mana satu menjadi pilihan kamu?"
Melalui kelipan lampu daripada nyalaan api pokok-pokok renek di padang pasir, menyinari wajah para pendengar yang bercahaya dengan penuh minat.
"Emas, Emas," seramai dua puluh tujuh orang mengulangi kata-kata itu.
Kalabab yang tua itu tersenyum mendengar jawapan yang telah pun diduga itu.
"Bertenang," dia memulakan, sambil................................
Begitulah sebahagian intro Bab-5 dari buku best seller ' Manusia Terkaya Di Babylon'. Buku ni memang cukup hebat dan padat dengan kisah-kisah motivasi diri dan pengurusan kewangan yang di jana dari kajian sejarah Kota Babylon.
Buku ni dibeli semasa makan tengahari di TM Brickfields pada tahun 1998 ( kalu tak silap) dan syukur sangat pada Allah bila ternampak anak pegang tempohari yang membuatkan hati tergerak untuk ambil dan belek, natijahnya valueble flashback story dapatlah dinukilkan dalam blog ni.
Pink-point yang buleh diambil adalah 'Lima Undang-Undang Emas' yakni patah perkataan yang diukir atas kepingan tanah liat oleh Arkad dan diberikan kepada anaknya bernama Nomasir. Asas tersebutlah menjadi pedoman Nomasir untuk berjaya setelah tertipu dan teraniaya banyak kali diawal langkahnya di perantauan (walaupun dia ada emas yang banyak pada mulanya).
I. Emas akan datang dengan bangganya dan akan bertambah dengan kuantiti yang banyak kepada sesiapa yang akan menyimpan tidak kurang satu persepuluh daripada pendapatannya untuk membina estet untuk masa depannya dan keluarganya.
II. Emas yang diusahakan dengan tekun dan memuaskan hati pemiliknya yang bijak mencari pekerjaan yang menguntungkan, dan akan bertambah seperti banyaknya ternakan di atas padang.
III. Emas akan berpaut dengan pengawalan yang berhati-hati oleh pemiliknya yang melaburkannya di bawah nasihat orang yang bijak dalam mengendalikannya.
IV. Emas akan hilang daripada seseorang itu jika dia melaburkannya ke dalam perniagaan yang dia tidak mahir atau yang tidak disahkan oleh orang berpengalaman dalam peniagaan itu.
V. Emas akan lari daripada orang yang dengan paksa melaburkan pendapatanya dalam pelaburan yang mustahil atau tertarik mengikut nasihat mereka yang bertujuan menipu.
Moral dari m/s terakhir bab ini - " Tindakan bijak kita akan sentiasa menemani kita sepanjang hidup untuk menyenang dan menolong kita. Seperti yang dijangkakan, bahawa tindakan kita yang tidak bijak, akan menjadi wabak yang menyiksa kita. Penyiksaan yang paling ketara adalah kenangan yang sentiasa menghantui kita apabila kita telah melepaskan peluang yang datang, yang sepatutnya kita rebut untuk mendapat kejayaan. Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment