Thursday, February 11, 2010

Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam

Dalam kamus berbahasa Melayu, JAUHARI membawa makna Pakar/Tukang Permata atau bijak pandai (Genius) dalam batu permata. Sementara MANIKAM (diambil daripada bahasa Tamil; MANICKAM) pula membawa makna Batu Permata (GEM).

Jadi, peribahasa HANYA JAUHARI SAJA YANG MENGENAL MANIKAM membawa makna lebih kurang begini: Hanya mereka yang arif dan pakar saja yang mengetahui akan pekerjaan yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing

""Wow...Cantik berkilau-kilauan""

Jadi, Hakikat Emas sekali lagi ingin berkongsi asas penting untuk pejuang (berjuang untuk succes) yang mana perlulah ilmu/maklumat dicari untuk mengelakkan diri tertipu atau ditipu hidup-hidup.

Secara ringkasnya kaedah mudah untuk mencari ilmu atau maklumat (contohnya perkara berkaitan emas), adalah sebagaimana berikut

a. Search dalam internet, pilih website yang berkaitan dan baca serta fahamkan. Buleh juga comment/chat dengan owner website secara online.

b. Hadiri seminar/kursus berkaitan emas yang terpamer dari media elektronik atau media cetak. (Percuma atau berbayar tak jadi hal - yang pasti, menjana ilmu itu tidak rugi dan tidak merugikan)

c. Berjumpa dengan instructor seminar (dan buleh juga jumpa wakil penjual emas dari pelbagai syarikat) untuk penerangan yang lebih jelas dan mendalam mengenai emas, . 'Learn From The Expert'.

d. Pembacaan dari buku-buku berkenaan emas samada jenis hardcopy ataupun ebook. Pilihlah buku-buku dari trusted penulis dengan gunakan kaedah a di atas.


""Hakikat kilauan - aku tertipu rupanya...iskh""

Setelah itu baharulah kita akan faham hakikat sebenar pelaburan emas, emas sebagai penyimpan nilai, emas sbg alternatif simpanan masa depan, kepelbagaian portfolio pelaburan, apa itu skim cepat kaya emas dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, baharulah keputusan dibuat samada kita nak membeli barangan kemas untuk hiasan isteri atau membeli ketulan emas sebagai simpanan ataupun menyimpan dalam buku simpanan emas tanpa dapat melihat@memegang fizikal emas.
Yang pastinya keputusan tersebut adalah jitu dan adalah lebih cantik lagi kalau ditambah dengan Solat Istikharah.
......sekian.


E-book ini patut dibeli oleh:

1. Mereka yang ingin mengetahui keistimewaan emas
2. Mereka yang inginkan panduan bagaimana memilih emas pelaburan terbaik
3. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan dengan emas
4. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjadikan emas sebagai perniagaan
5. Mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak
6. Mereka yang inginkan mendapat bimbingan daripada pakar emas


No comments:

Post a Comment