Sunday, February 7, 2010

Kalau tak dipecahkan ruyung......manakan dapat sagunya

Assalamualaikum semua..

Merungkai makna peribahasa ' Kalau Tak Dipecahkan ruyung......manakan dapat sagunya adalah sebagaimana berikut. Seperti sedia maklum, salah satu sumber makanan masyarakat melayu lama di Malaysia ini adalah sagu. Jadi untuk mendapatkan sagu, maka kulit batang enau atau batang sagu (dipanggil ruyung) yang keras haruslah di pecahkan terlebih dahulu. Usaha dan kederat sangat diperlukan baharulah hasilnya akan diperolehi, itupun bukan buleh makan terus sagu tu, kena proses gak dulu.

Jadi m
aksud yang mudah difahami adalah jika seseorang itu tidak berani untuk mencuba dan merebut sesuatu peluang yang sudah ada di depan mata, sudah pasti tidak akan beroleh apa-apa kejayaan.
Begitulah jua dengan Emas, jika kita tak berani untuk mengenali apa itu simpanan dan pelaburan Emas, sudah pasti Hakikat Emas tidak akan diperolehi baik kelebihannya ataupun keuntungannya.


Untuk memudahkan tuan-puan, saya ringkaskan fakta berkaitan emas iaitu

Ada 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
i. Pelaburan emas fizikal - spt Jongkong atau Syilling Emas.
ii. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas - spt di Maybank (GSPA) dan di
Public Bank (GIA)

Antara kelebihan yang ada sekiranya Emas (fizikal) dijadikan simpanan/pelaburan untuk masa depan anda adalah

i. Tidak boleh dimusnahkan
ii. Mudah dibawa dan disimpan
ii. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
iii. Mudah ditunaikan terutama masa sesak wang.
iv. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Hakikat emas yang mana kadar kenaikannya adalah sentiasa bertambah seiring dengan perjalanan masa. ( ya memang ada fluctuation tetapi naiknya lebih manakala turunnya kurang).


Gold Prices (http://forecasts.org/gold.htm)
Past Trend Present Value and Future Projection


Kekuatan emas sebagai harta yang 'SESUAI dan LAYAK' disimpan adalah semenjak zaman Nabi lagi

Abu Bakar Ibn Abi Maryam mendengar Rasulullah S.A.W bersabda

" Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh manusia, maka simpanlah Dinar adan Dirham"

(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)



No comments:

Post a Comment