Sesekali bercerita bab emas, ianya adalah sungguh menyeronokkan dan menghiburkan hati.. Kepuasan akan timbul apabila rakan-rakan yang tak pernah/tak biasa dengan Emas, kini mula menunjukkan minat ke arah kaedah SIMPANAN atau TABUNGAN Emas untuk anak-anak dan keluarga.
Biarpun sekecil-kecil 1gram hingga ke 10gm, atau ke 50gm dsbg.. tidak menjadi soal, yang terpenting kaedah simpanan aset terbaek (EMAS) digunakan sebagai 'PENYELAMAT NILAI' simpanan RM mereka kelak...Tahniah diucapkan..
Hari ini kita berkongsi sedikit sebanyak mengenai satu lagi jenis EMAS yang menawan kalbu iaitu KIJANG EMAS. Beberapa faktor yang boleh dikongsikan disini mengenai KIJANG EMAS....antaranya adalah
a. Dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, bermakna kekukuhan untuk 'buy-back' adalah terjamin.
b. Kadar Spread yang agak sesuai untuk Emas pelaburan iaitu antara ~3% ke ~7%.
c. Mempunyai 3jenis saiz sepertimana dibawah.
Denomination | Weight | Gold Purity | Diameter |
---|---|---|---|
RM200 | 1 oz | 9999 | 37.00 mm |
RM100 | ½ oz | 9999 | 28.00 mm |
RM50 | ¼ oz | 9999 | 22.00 mm |
d. Pembeli Kijang Emas, secara automatik membantu Bank Negara khususnya, dan negara Malaysia umumnya untuk meningkatkan nilai kekayaan dan kemantapan ekonomi dalam negara
e. Kijang Emas sukar diperolehi yang menyebabkan ianya mempunyai nilai numistika yang tinggi dan sentiasa menjadi rebutan sebagai barangan koleksi peribadi.
Harga Harian Kijang Emas
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03
Rujukan Harga Kijang sebelum ini.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141