Sunday, January 24, 2010

Hakikat Emas ........satu halatuju POSITIF

Assalamualaikum...

Salam satu Malaysia buat semua pencinta-pencinta ilmu yang berkaitan pelaburan emas. Alhamdulilah berkat usaha dan dengan limpahanrahmat Allah, hari ini tersenarailah blog 'Hakikat Emas' di pentas maya ini.

Menyentuh mesej jelas dari tajuk blog ini....

..........HAKIKAT EMAS....yang mana emas itu wujudnya membawa erti yang sangat besar kepada manusia. EMAS telah diketahui umum sebagai lambang kekayaan manusia baik sebelum atau selepas kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w). Hakikat EMAS telah terbukti dari kekukuhan nilainya sepanjang zaman, tidak boleh dimusnahkan, tidak dimakan inflasi dan menjadi rebutan pencintanya. Mereka-mereka yang mengenali dan memahami Hakikat Emas pasti akan bersetuju dan maklum bahawa Emas itu sesuatu yang diperlukan sebagai pelengkap kehidupan kita yang sementara ini. Bukan setakat simbolik dari 'Wang Sunnah' semata-mata malahan diriwayatkan jua berkaitan syurga, sebagaimana hadis di bawah

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:

"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Hari ini, EMAS telah diletakkan sebagai barangan komoditi, namun begitu dalam sesetengah keadaan EMAS masih lagi mengekalkan status matawang yang sangat bernilai. Dan tidak mustahil suatu hari nanti di negara kita ini Emas akan dimasyhurkan secara rasmi sebagai matawang alternatif selain RM. Apa yang pasti, manusia masih lagi dan akan terus mengekalkan prestige kekayaan dan kemewahan dengan mengumpul EMAS selain dari hartanah, rumah, saham dan sebagainya.

Ternoktah HAKIKAT EMAS ..satu halatuju Positif