Semoga sentiasa sihat dan sejahtera selalu.
Semenjak dua menjak ni hakikatemas melihat banyak iklan peraduan yang menawarkan hadiah jongkong dan syilling emas. Pelbagai syarikat tahu dengan menawarkan emas sebagai hadiah, ianya boleh membuatkan orang ramai teruja untuk menyertai peraduan tersebut. Yang pasti, emas yang sememangnya sangat bernilai dan mempunyai 'aura' atau daya tarikannya yang tersendiri dalam menggoda orangramai untuk memilikinya.
Sepertimana keratan akhbar dan borang peraduan yang disertakan, ada banyak lagi peraduan-peraduan lain yang mana ganjarannya adalah emas jongkong atau syiling seperti Mamee, Drypers, Mister Potato dan lain-lain. Kualiti hadiah emas tersebut samada jenis 916 atau 999.... tak dapatlah ana pastikan dan hanya syarikat tu sahaja yang tahu.
Secara langsung atau tidak, kaedah pemasaran syarikat dalam memasarkan produk mereka juga adalah antara penyebab orang-ramai berminat untuk menyimpan Emas.
Secara amnya, untuk semua ejen pemasaran emas, inilah detik positif untuk memperhebatkan promosi dan jualan emas.
Manakala secara umumnya, iktibar yang terserlah hari demi hari, rakyat negara ini akan lebih terdedah kepada emas sebagai simpanan masa depan.
Sebagaimana kata-kata Dr Umar Vadillo
" Save In Gold, Before Its Too Late "
No comments:
Post a Comment