Sunday, December 26, 2010

PUM sokong guna dinar & dirham

KUALA LUMPUR: Bermuamalah menggunakan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak jelas termaktub di dalam syariat Islam, malah perkataan dinar serta dirham disebut dalam beberapa surah al-Quran.

Sehubungan itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong penggunaan dinar dan dirham sebagai langkah alternatif menggantikan mata wang konvensional yang ketika ini semakin menyusut.

Yang Dipertuanya, Datuk As-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ada suatu perkara yang dulunya biasa dan amat akrab dalam kehidupan umat Islam tetapi ia kini terpinggir dan ada pihak berpendapat akibat terpinggirnya amalan itu, rata-rata umat Islam berada dalam hambatan kemiskinan sama ada dari segi iktisad (ekonomi) dan siasah (politik).

“Amalan yang terpinggir itu adalah penggunaan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak. Penggunaan mata wang syariah itu lebih dekat dengan Islam dan mempunyai pelbagai kelebihan seperti mengelakkan riba yang kebiasaannya diguna pakai secara berleluasa dalam aktiviti perbankan dan wang kertas.

“Emas adalah wang paling stabil pernah digunakan manusia dan ia sudah terbukti digunakan sejak daripada awal tamadun Islam sehingga ke hari ini. Kestabilan nilai emas dapat mengelakkan daripada berlakunya inflasi dan krisis ekonomi.

“Malah, emas tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya oleh sesebuah kerajaan seperti wang kertas menyebabkan nilainya tidak mungkin susut atau jatuh seperti mana nilai wang yang digunakan sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Minisiri Dinar Emas bertajuk ‘Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Seminar sehari dengan kerjasama Al-Qafilah International Sdn Bhd itu dihadiri kira-kira 60 peserta termasuk ahli perniagaan dan pelajar universiti yang membincangkan penggunaan mata wang syariah dari sudut agama dan ekonomi.

Abdul Halim berkata, kesohoran dinar sebagai mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama disemat dalam sejarah tamadun Islam dan pernah digunakan di Madinah ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w dan diperluaskan pada zaman Khulafa al-Rashidin ke seluruh dunia, tetapi Bapa Turki Moden, Mustaffa Kamal Atartuk membatalkan penggunaan dinar sebagai mata wang dan menggantikannya dengan syiling dari Barat pada 1924.

Beliau berkata, di Tanah Melayu pula, Kelantan pernah membayar ufti kepada Siam dalam bentuk bunga diukir daripada emas manakala Kerajaan Melayu Melaka pernah membayar ufti kepada Siam dan China dalam bentuk sama.

Urusan dinar adalah urusan agama dan kedaulatan daulah Islamiah dan penggunaan dinar melambangkan ketundukan dan kepatuhan kita kepada perintah Allah menyebabkan kebangkitan muamalah ini amat mustahak dalam membentuk ummah bersatu dan disegani.

“Satu dinar melambangkan penyatuan satu ummah dan sudah pasti melangkaui sempadan, bahasa dan warna kulit,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tuesday, December 21, 2010

Dinar & Dirham Kelantan : Sila Hubungi Untuk Maklumat Lanjut

Saturday, December 18, 2010

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Sumber : Utusan Online

Hubungi saya untuk dapatkan stok Emas Bar, Coin atau Dinar (Yakin : 019-2706224)


Wednesday, December 8, 2010

Seminar Pelaburan Emas di Kaw. Gombak

Salam buat tetamu blog hakikatemas...

Sekiranya tuan-tuan ada kelapangan, pada hujung minggu (2 minggu berturut-turut) akan diadakan Seminar Pelaburan Emas di kawasan Gombak...

Tarikh : Ahad 19 Disember 2010
Penceramah : En. Syukur Jutawanemas & Dr Azhari Othman
Tarikh : Ahad 12 Disember 2010 (selesai)
Penceramah : Pokli & Dr Azhari Othman

Masa : 10pagi-12 tgh
Lokasi :Dewan Sek.Ren Daruttarbiah Al-Islamiah,
Taman Melewar Gombak
(bersebelahan pondok polis Tmn Melewar)
Free Entry
(Pendaftaran boleh sms Nama, email kepada 012-3983723 Dr Azhari Othman aka Dr Luv )


Peluang untuk menimba ilmu berkaitan Emas/Perak & Dinar/Dirham telah datang ke kawasan anda. Langkah seterusnya cuma gerakkan kaki dan hayun langkah ke Taman Melewar.

Jangan biarkan perancangan masadepan kewangan anda tersasar akibat kelemahan matawang kertas (fiat money)

Jangan biarkan nilai wang anda disusutkan oleh faktor Inflasi - umpama parasit kepada sistem kewangan kita hari ini.

Jangan biarkan kita terlena dengan zon selesa RM yang belum terjamin nilainya sedangkan Emas/Perak yang telah terbukti kehebatan aura serta nilainya.

"DARE TO CHANGE"

Sila rujuk map untuk lokasi - Klik Sini


Wednesday, December 1, 2010

Assalamualaikum

Alhamdulillah... setelah lebih tiga purnama stok D & D Kelantan gagal diperolehi, hari ini ianya menjelma lagi. Sedikit sebanyak ianya bakal menjadi pengubat hati mereka yang telah lama mengidamkannya.

Sambil pada itu, kalau ada kelapangan boleh membaca sedikit maklumat berkaitan Dinar & Dirham sekadar input tambahan kearah Muamalat tanpa Riba.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”..... (Al-Baqarah:278).

Nak Dapatkan Pamplet ni - Sila klik sini Matawang Syariah
Senarai kedai yang menerima transaksi Matawang sunnah ni : Sila klik sini Kedai

Dalam satu Hadis Rasulullah s.a.w. : “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” ..... (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim)

Boleh call saya untuk stok emas Bar/Coin atau Dinar atau ingin menimba maklumat mengenai Emas & Perak sebagai simpanan, pelaburan dan Matawang.......POSITIVE ISLAMIC MIND

(p/s : D & D Kelantan while stock last, first come first serve - 6/12/10 stok dah habis, harap maaf)

Saturday, November 13, 2010

Seminar Pakar-Pakar Emas

Makluman dari HakikatEmas untuk mereka yang berminat untuk menimba ilmu berkaitan Emas dan Dinar.


Tajuk seminar : Financial Justice: Gold, Dinar & You
Tarikh : 4th Dec 2010
Masa : 10am – 5pm
Lokasi : Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia
Bayaran : RM 50.00 (Dealer) & RM 60.00 (Bukan Dealer)


Speakers


Kenapa Anda Perlu Hadir Seminar Ini ?
- Memahami hakikat kenapa EMAS semakin popular
- Memahami hakikat wang fiat dan krisis ekonomi semasa
- Menambah pengetahuan berkaitan DINAR dari mereka yang pakar
- Menambah rakan 'contact list' anda
- Berkongsi maklumat dengan ramai 'tokey emas
'

Bagaimana Untuk Mendaftar Ke Seminar Ini?
1. SMS/Email : Nama Penuh, No Telefon, Emel dan Jumlah Peserta
2. Bank-in jumlah wang secukup ke akaun hakikatemas - akan dismskan no akaun kemudian
3. SMS/Email selepas pembayaran dibuat (tarikh&masa)
4. Hadirkan diri semasa seminar 4 Dec 2010 dan jumpa anda disana

Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu.
(HR. Ath-Thabrani)

Monday, November 1, 2010

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sumber : http://www.utusan.com.my