Tuesday, May 17, 2011

Salam Sidang Pembaca sekalian

Sekadar war-warkan mengenai Bazar Dinar & Dirham. Tuan-puan boleh bawa keluarga kerana aktiviti adalah SANTAI sambil belajar untuk kenal dan guna dinar & dirham sebagai matawang sebenar (real money).


Jemputan Ke Dinihari Dinar

Di: Masjid Saidina Umar Al-Khattab (alamat & pautan peta di bawah)
Pada: 10 Pagi - 1 Petang, Sabtu, 17 Jamadil Akhir 1432 / 21 Mei 2011
Datanglah beramai-ramai untuk:

Iman • Taqwa kepada Allah menurut perintah dalam Al-Quran.
Ilmu • Mengenali Matawang Syariah dari Sunnah Rasulullah SAW & para Sahabat; dan penggunaan kini.
Amal • Bermuamalat dengan Wang Halal Dinar emas dan dirham perak.

Antara aktiviti yang dirancang (tertakluk pada perubahan):

1. Penyampaian
2. Motivasi
3. Seruan Tindakan
4. Soal Jawab
5. Jual Beli menggunakan DnD Kelantan (Stail Car-Boot Sale)

Kehadiran & penglibatan semua pihak ke acara terbuka ini amat dialu-alukan.

Penaja:· Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.
Anjuran Bersama:· World Islamic Mint·
Jawatankuasa Penaja Koperasi Dinar :
Acara - Irwan 010-2662778
Logistik - Hj Awaludin 019-2183317
Hal-Ehwal Muamalat - Mazli 017-6300178
www.dinardirham.org
....more information»
http://www.dinardirham.org/announcement/invitationtodiniharidinar-dawnofthedinar-1

Wassalam Dari Hakikat Emas

Thursday, April 28, 2011

Prestasi Dinar & Dirham Kelantan

Assalamualaikum Sidang Pembaca
Agak sekian lama tiada posting baru yang terukir di dada blog HakikatEmas. Namun begitu perjuangan tetap diteruskan didalam arena Emas/Perak, Dinar/Dirham & Muamalah Islam.
Sepertimana Harga Dinar & Dirham Kelantan yang tertera di atas, kita dapat lihat lonjakkan ke paras yang tertinggi selama ianya dilancarkan. Mahu tak mahu kita harus akui bahawa hakikat dinar(emas) dan dirham(perak) tetap terbukti sepanjang zaman - 'Fluctuation In Growing Path'.
Manakala graf disebelah (data terawal setakat 26Januari2011) menunjukkan kenaikan yang mendadak dinar dan dirham Kelantan.


Harga Dinar Pada 26Jan2011
RM 618.00

Harga Dinar Pada 29Apr2011
RM 700.00





Harga Dirham Pada 26Jan2011
RM 18

Harga Dirham Pada 29Apr2011
RM30







Kadar Kenaikan selama ~3bulan adalah

Dinar Kelantan : 13.27 % Dirham Kelantan : 66.67 %

Sila rujuk perbandingan prestasi Dinar dan Dirham Kelantan sebagaimana Graf di bawah.


Tetapi sekiranya sidang pembaca merujuk kepada posting saya sebelum ini, iaitu pada bulan Ogos 2010 ( klik sini ), saya pasti anda akan lebih teruja dengan kadar kenaikan yang telah berlaku.

Prestasi Dinar & Dirham Kelantan dalam masa kurang setahun (~ 8 bulan ) adalah

Dinar Kelantan : ~19.45 % Dirham Kelantan : ~ 130.77 %

Mungkin anda sudah biasa dengan pelaburan di bidang Hartanah (Rumah, Tanah, Kilang dll) dan juga Pasaran Saham (Bon, Saham, Unit Trust dll) yang mana MATLAMAT utama adalah 'Capital Gain' dan 'Dividen'. Jadi tidak salah sekiranya anda semua bertindak hari ini untuk kembangkan Portfolio Pelaburan anda dengan mengumpul Dinar & Dirham Kelantan. Walaupun dinar/dirham zatnya adalah emas/perak, namun sifatnya cukup menyerlah iaitu

Dinar & Dirham
sebagai
SIMPANAN, PELABURAN & MATAWANG

Monday, April 25, 2011

US Dollar Semakin Nazak

Assalamualaikum..
Sekadar Perkongsian Yang Serba Sedikit....

How the Fed Could Kill the Dollar Tomorrow

[Editor's Note: U.S. Federal Reserve policymakers meet today (Tuesday) and tomorrow (Wednesday) in a two-day meeting that could determine the fate of the U.S. dollar. Money Morning columnist Martin Hutchinson is betting that U.S. central bankers won't boost rates, a failure that could help bring about the long-term death of the dollar as a viable global currency.]

By Martin Hutchinson, Contributing Editor, Money Morning

Months or years from now, when analysts are studying the death of the U.S. dollar, they'll look back and see that the greenback's demise began on a specific day - Wednesday, April 27, 2011.

As in ... tomorrow.

At 12:15 p.m. tomorrow, at the conclusion of a two-day Federal Open Market Committee (FOMC) meeting, we'll find out whether U.S. Federal Reserve Chairman Ben S. Bernanke and his policymaking posse opted for a sharp increase in U.S. interest rates - which appears to me to be the only solution to a looming third-quarter crunch.

Unfortunately, I don't think that Bernanke & Co. will make the needed move.

And without that sharp rate increase tomorrow, investors can look forward to rampant inflation, an evisceration of the U.S. Treasury bond market and - in a worst-case scenario - the death of the dollar.

Let me show you why....

To understand why it's crunch time for the dollar, please read on ...

Friday, April 22, 2011

Salam tuan-puan semua.

Hari ini HakikatEmas sekadar berkongsi beberapa persoalan dari rakan-rakan yang sedang menyiasat syarikat manakah yang paling sesuai dan yang menguntungkan pelanggan.
---------------------------------------------------------------------------
Persoalan yang saya boleh timbulkan

a. Kenapa harga emas 999 (RM181/gm) dia lebih tinggi dari harga semasa di Malaysia??
Harga Persatuan : RM172/gm tak termasuk upah
Harga Public Gold : RM166.9/gm
Harga GCP : RM168/gm
Harga EmasRakyat : RM164.19/gm
----- Lebihan yang melampau nampak gayer untuk cover benefit bulanan dan komisen 0.5%?

b. Berapa range % nilai spread (beza nilai we sell dan nilai we buy) ? Sebab satu masa nanti mesti kita nak jual balik untuk dptkan kecairan (RM), kalau lebih 15% bermakna estimate margin profit 20% setahun dah tinggal 5% (serupa macam simpan duit dalam EPF)
Spread Harga Persatuan : 15% ~ 40% (semua produk - tapi tengok jenis kedai gak)
Spread Harga Public Gold : ~ 15% (barang kemas) 5% ~ 6.5% (untuk bar atau coin)
Spread Harga GCP : ~ 15 % (semua produk)
Spread Harga EmasRakyat : ~ 14% (barang kemas), ~ 5% (bar @ coin)
Spread harga Dinar/Dirham Kelantan : 10%
Kijang Emas Bank Negara : 3.5% ~ 7%
Buku Akaun Emas samada konvensional atau Islamic : 3% ~ 7 %

c. Jaminan kemampuan beli balik oleh syarikat satu hal, kalau sykat takleh amik emas kita, kita nak tolak kemana? sebab range harge we sell dan we buy dah initially tinggi sangat. Kalau di pajakkan pun tak mungkin capai nilai marhun setinggi tu..mungkin habis kuat RM170/gm dan dptlah 65% pinjaman pastu kekal kat dlam 6bulan..jika lelongpun saya tak nampak akan ada lebihan...maksudnya menyimpan kategori rugi.

d. Syarikat ada tak kemampuan untuk proses emas (spt kilang dan tukang) sebab ciri-ciri ini membantu kepelbagaian dalam porfolio emas itu sendiri. Atau mereka hanya broker @ reseller yang manipulate margin umpama benefit untuk tarik minat mereka yang tak tau pasal emas?

e. Dan kalau ada modal lebih cthnya RM50K dan berminat nak dapatkan income bulan2 tanpa buat apa2, baik guna kaedah invest di unit trust (Income Tahunan), atau beli Emas serta guna Teknik Ar-Rahnu (tu pun 6bulan punya extra money) atau kita pump modal di syarikat yang berniaga emas (yang ni mungkin ada bulan2 ikut perjanjian). Tapi sebelum wat ape-ape..stocking emas kat ar-rahnu dulu untuk dapatkan Emas simpanan selain dari nak maksimakan margin RM.

f. Apa tujuan S & P dan juga sijil syariah,,, sekadar untuk menmbahkan keyakinan? Sebab kaedah biasa hanya dengan resit dah memadai. Kat Ar-Rahnu pun dah lama terima kaedah mudah ni. Sebab sebelumni ada juga sykat yang saya dah researh kat Malaysia declare OK tapi dlm web Negara singapore listed bawah SCAM.

g. Satu lagi.. camner sykt create revenue dan sustain constantly untuk bayar monthly benefit.. bukan untuk satu gold buyer sahaja tetapi untuk ramai lagi bagi setiap belian 50gm?? Tak mungkin syarikat sempat gi main saham atau forex (nak increase profit) sebab transaksi kedua tuu adalah lambat berbanding CASH semasa jualbeli Emas.

Jadi di harap maklumat/pandangan peribadi di atas diharap sedikit sebanyak membantu mereka yang tercari-cari halatuju di dalam Portfolio Pelaburan Emas.

Patah Perkataan dari Previous posting - Feb2010

" Tindakan bijak kita akan sentiasa menemani kita sepanjang hidup untuk menyenang dan menolong kita. Seperti yang dijangkakan, bahawa tindakan kita yang tidak bijak, akan menjadi wabak yang menyiksa kita. Penyiksaan yang paling ketara adalah kenangan yang sentiasa menghantui kita apabila kita telah melepaskan peluang yang datang, yang sepatutnya kita rebut untuk mendapat kejayaan. Wassalam

Thursday, March 17, 2011

Salam Tuan Puan

Antara Maklumat yang boleh di kongsikan bersama adalah bagaimana rakyat Amerika sendiri sudah mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan diri mereka.


atau anda boleh baca di http://goldinformationcenter.com/tag/legal-tender/

Akhir sekali.. nak tak nak, sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.. kedua dua metal emas/perak tu adalah jenis yang patut disimpan paling banyak sekali apatah lagi kearah penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang sejagat.

Jangan lah terlalu mencari-cari sehingga belum bermula sebab fakta sudah tersedia...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :
Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar(emas) dan Dirham(perak) (untuk digunakan).
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Apalah sangat keuntungan 30% kalau kita masih lagi belum berjuang untuk hapuskan riba..
Apalah guna keuntungan 100% kalau kita tak mampu untuk menyokong perjuangan ke arah matawang syariah...

Sedangkan mereka yang kafirun pun dan bermula menggunakan GoldCoin sebagai matawang (back to nature - sunnatullah). Mereka tak dikutuk oleh bangsa mereka, rakan seagama mereka malahan disokong dan dibenarkan dengan status 'Legal Tender'.


KITA SENDIRI...AYUH BERMULA...dapatkan Dinar & Dirham Segera

JANGAN TERLEKA DENGAN RM YANG MENGGUNUNG..

INFLASI SENTIASA MENCENGKAM RM ANDA SETIAP HARI.

Tuesday, March 1, 2011

Perak Lancar Dinar Emas Dan Dirham Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak pada Isnin melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.

Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.

"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepasmajlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini, Isnin.

Dr Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).

Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.

Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wang yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa Maher Zain. - BERNAMA 1 Mac 2011

Tuesday, February 15, 2011

Bacalah.........


Salam buat semua..
Sekadar berkongsi maklumat untuk semua berdasarkan keratan akhbar di atas.
a. Tahun 2009 : 165000 tan @ 5.3billion auns EMAS dilombong.
b. Penggunaan EMAS dunia : 50%(Barang Kemas), 40%(Pelaburan), 10%(Industri)
c. Purata kenaikan EMAS 2007 - 2010 : 24%
d.Jangkaan kenaikan EMAS 2011 - sederhana ~ USD1,500 (RM4560)
e. Tahun 1998 - Kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan EMAS sebagai wang perdagangan dunia.
f. Dinar EMAS juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro.

Jadi,, renung2kanlah dan bertindaklah hari ini dengan cara dapatkan yang kecil sebagai langkah awal porfolio pelaburan anda.

EMAS DIKATEGORIKAN SEBAGAI PELABURAN
'MAMPU MILIK'
kerana
harga 1 Dinar PG cuma ~RM650
manakala harga 1/2 Dinar Kelantan cuma ~RM320
dan harga 1/4 Dinar Logam Mulia ~ RM250
(Sila hubungi 019-2706224 untuk dapatkan stok emas+dinar)