Sunday, December 26, 2010

PUM sokong guna dinar & dirham

KUALA LUMPUR: Bermuamalah menggunakan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak jelas termaktub di dalam syariat Islam, malah perkataan dinar serta dirham disebut dalam beberapa surah al-Quran.

Sehubungan itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong penggunaan dinar dan dirham sebagai langkah alternatif menggantikan mata wang konvensional yang ketika ini semakin menyusut.

Yang Dipertuanya, Datuk As-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ada suatu perkara yang dulunya biasa dan amat akrab dalam kehidupan umat Islam tetapi ia kini terpinggir dan ada pihak berpendapat akibat terpinggirnya amalan itu, rata-rata umat Islam berada dalam hambatan kemiskinan sama ada dari segi iktisad (ekonomi) dan siasah (politik).

“Amalan yang terpinggir itu adalah penggunaan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak. Penggunaan mata wang syariah itu lebih dekat dengan Islam dan mempunyai pelbagai kelebihan seperti mengelakkan riba yang kebiasaannya diguna pakai secara berleluasa dalam aktiviti perbankan dan wang kertas.

“Emas adalah wang paling stabil pernah digunakan manusia dan ia sudah terbukti digunakan sejak daripada awal tamadun Islam sehingga ke hari ini. Kestabilan nilai emas dapat mengelakkan daripada berlakunya inflasi dan krisis ekonomi.

“Malah, emas tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya oleh sesebuah kerajaan seperti wang kertas menyebabkan nilainya tidak mungkin susut atau jatuh seperti mana nilai wang yang digunakan sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Minisiri Dinar Emas bertajuk ‘Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Seminar sehari dengan kerjasama Al-Qafilah International Sdn Bhd itu dihadiri kira-kira 60 peserta termasuk ahli perniagaan dan pelajar universiti yang membincangkan penggunaan mata wang syariah dari sudut agama dan ekonomi.

Abdul Halim berkata, kesohoran dinar sebagai mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama disemat dalam sejarah tamadun Islam dan pernah digunakan di Madinah ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w dan diperluaskan pada zaman Khulafa al-Rashidin ke seluruh dunia, tetapi Bapa Turki Moden, Mustaffa Kamal Atartuk membatalkan penggunaan dinar sebagai mata wang dan menggantikannya dengan syiling dari Barat pada 1924.

Beliau berkata, di Tanah Melayu pula, Kelantan pernah membayar ufti kepada Siam dalam bentuk bunga diukir daripada emas manakala Kerajaan Melayu Melaka pernah membayar ufti kepada Siam dan China dalam bentuk sama.

Urusan dinar adalah urusan agama dan kedaulatan daulah Islamiah dan penggunaan dinar melambangkan ketundukan dan kepatuhan kita kepada perintah Allah menyebabkan kebangkitan muamalah ini amat mustahak dalam membentuk ummah bersatu dan disegani.

“Satu dinar melambangkan penyatuan satu ummah dan sudah pasti melangkaui sempadan, bahasa dan warna kulit,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tuesday, December 21, 2010

Dinar & Dirham Kelantan : Sila Hubungi Untuk Maklumat Lanjut

Saturday, December 18, 2010

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Sumber : Utusan Online

Hubungi saya untuk dapatkan stok Emas Bar, Coin atau Dinar (Yakin : 019-2706224)


Wednesday, December 8, 2010

Seminar Pelaburan Emas di Kaw. Gombak

Salam buat tetamu blog hakikatemas...

Sekiranya tuan-tuan ada kelapangan, pada hujung minggu (2 minggu berturut-turut) akan diadakan Seminar Pelaburan Emas di kawasan Gombak...

Tarikh : Ahad 19 Disember 2010
Penceramah : En. Syukur Jutawanemas & Dr Azhari Othman
Tarikh : Ahad 12 Disember 2010 (selesai)
Penceramah : Pokli & Dr Azhari Othman

Masa : 10pagi-12 tgh
Lokasi :Dewan Sek.Ren Daruttarbiah Al-Islamiah,
Taman Melewar Gombak
(bersebelahan pondok polis Tmn Melewar)
Free Entry
(Pendaftaran boleh sms Nama, email kepada 012-3983723 Dr Azhari Othman aka Dr Luv )


Peluang untuk menimba ilmu berkaitan Emas/Perak & Dinar/Dirham telah datang ke kawasan anda. Langkah seterusnya cuma gerakkan kaki dan hayun langkah ke Taman Melewar.

Jangan biarkan perancangan masadepan kewangan anda tersasar akibat kelemahan matawang kertas (fiat money)

Jangan biarkan nilai wang anda disusutkan oleh faktor Inflasi - umpama parasit kepada sistem kewangan kita hari ini.

Jangan biarkan kita terlena dengan zon selesa RM yang belum terjamin nilainya sedangkan Emas/Perak yang telah terbukti kehebatan aura serta nilainya.

"DARE TO CHANGE"

Sila rujuk map untuk lokasi - Klik Sini


Wednesday, December 1, 2010

Assalamualaikum

Alhamdulillah... setelah lebih tiga purnama stok D & D Kelantan gagal diperolehi, hari ini ianya menjelma lagi. Sedikit sebanyak ianya bakal menjadi pengubat hati mereka yang telah lama mengidamkannya.

Sambil pada itu, kalau ada kelapangan boleh membaca sedikit maklumat berkaitan Dinar & Dirham sekadar input tambahan kearah Muamalat tanpa Riba.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”..... (Al-Baqarah:278).

Nak Dapatkan Pamplet ni - Sila klik sini Matawang Syariah
Senarai kedai yang menerima transaksi Matawang sunnah ni : Sila klik sini Kedai

Dalam satu Hadis Rasulullah s.a.w. : “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” ..... (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim)

Boleh call saya untuk stok emas Bar/Coin atau Dinar atau ingin menimba maklumat mengenai Emas & Perak sebagai simpanan, pelaburan dan Matawang.......POSITIVE ISLAMIC MIND

(p/s : D & D Kelantan while stock last, first come first serve - 6/12/10 stok dah habis, harap maaf)

Saturday, November 13, 2010

Seminar Pakar-Pakar Emas

Makluman dari HakikatEmas untuk mereka yang berminat untuk menimba ilmu berkaitan Emas dan Dinar.


Tajuk seminar : Financial Justice: Gold, Dinar & You
Tarikh : 4th Dec 2010
Masa : 10am – 5pm
Lokasi : Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia
Bayaran : RM 50.00 (Dealer) & RM 60.00 (Bukan Dealer)


Speakers


Kenapa Anda Perlu Hadir Seminar Ini ?
- Memahami hakikat kenapa EMAS semakin popular
- Memahami hakikat wang fiat dan krisis ekonomi semasa
- Menambah pengetahuan berkaitan DINAR dari mereka yang pakar
- Menambah rakan 'contact list' anda
- Berkongsi maklumat dengan ramai 'tokey emas
'

Bagaimana Untuk Mendaftar Ke Seminar Ini?
1. SMS/Email : Nama Penuh, No Telefon, Emel dan Jumlah Peserta
2. Bank-in jumlah wang secukup ke akaun hakikatemas - akan dismskan no akaun kemudian
3. SMS/Email selepas pembayaran dibuat (tarikh&masa)
4. Hadirkan diri semasa seminar 4 Dec 2010 dan jumpa anda disana

Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu.
(HR. Ath-Thabrani)

Monday, November 1, 2010

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sumber : http://www.utusan.com.my

Saturday, October 9, 2010

Analisa Prestasi Harga Emas

Salam buat semua..

Dalam kesempatan yang sedikit, Hakikatemas berkenan untuk mengimbau kembali harga dan prestasi emas dunia berdasarkan graf dari Kitco. Harga pada

8 - Oktober - 2010
~ USD 1345 per ounces
( 1 troy ounce ~ 31.1 gram )
~ RM 134.73 per gram


a. Prestasi EMAS 30 hari : 8.03 %
Harga Pada 9 Sep 2010 : USD 1245






b. Prestasi EMAS 60 hari : 12.00 %
Harga Pada 9 Ogos 2010 : USD 1201




c. Prestasi EMAS 6 bulan : 20.09 %
Harga Pada 8 Mac 2010 : USD 1120






d. Prestasi EMAS 1 tahun : 28.59 %
Harga Pada 8 Okt 2009 : USD 1046

Purata Setahun : 28.59 %




e. Prestasi EMAS 5 tahun : 183.76 %
Harga Pada 7 Okt 2005 : USD 474

Purata Setahun : 36.75 %





f. Prestasi EMAS 10 tahun : 403.75 %
Harga Pada 9 Okt 2000 : USD 269

Purata Setahun : 40.37 %


Katakanlah spread (beza harga beli/jual) atau kos 'minting' adalah 10 - 15 %, namun begitu Prestasi Emas masih tetap mantap. (bukan apa....kerana ramai yang bimbang nak jual balik takut susunilai)

Anggaran Purata Setahun
1 tahun ( ~ 13 % ), 5 tahun ( ~ 21 %), 10 tahun ( ~ 25 % )

Gold Trend : Fluctuation but In Growing Path

Rumusan :

Emas sebagai simpanan atau pelaburan adalah sangat sesuai untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Untuk jangkamasa pendek yakni adanya turun dan naik, elok sangat Emas dijadikan perniagaan kecil-kecilan (boleh dapat margin untung dan juga komisen) .

Data diatas menjurus kepada apa yang dimaksudkan sebagai penyimpan nilai dan pengekang inflasi.
Apa yang pasti, kita menyimpan duit ringgit (RM) hari ini bukan untuk dihabiskan esok hari, sudah tentu kita merancang simpanan untuk pelajaran anak2, pergi haji atau vacation, persaraan dan lain-lain lagi.Jadi, apala salahnya kita 'convert' sebahagian 'RM' kita kepada 'EMAS' dan hasilnya 5, 10 @15 tahun akan datang?
Ayat cantek..'menabung emas di safebox..untuk anak2..'

Bermulalah hari ini dengan seketul yang kecil (maybe 1 dinar 4.25gm) untuk mengelakkan harga emas hari ini menjadi kenangan pahit anda kelak.
Hubungi saya segera....Yakin-0192706224.


Wednesday, September 15, 2010

Hakikat Dinar Kelantan - Aura Yang Terserlah

KUALA LUMPUR 5 Sept - Sejumlah RM1.5 juta dinar emas dan RM500,000 wang dirham yang diperkenalkan Kerajaan Pas Kelantan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada habis dijual dalam tempoh tiga minggu sejak dilancarkan 12 Ogos lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT), Profesor Dr Umar Ibrahim Vadillo berkata, negeri Kelantan menunjukkan perkembangan paling pantas penjualan mata wang dinar dan dirham sejak diperkenalkan di negeri itu.

“Orang ramai diminta menunggu sehingga selepas musim perayaan Aidilfitri bagi mendapatkan dinar emas Kelantan dan menghubungi pihak KGT kerana ia adalah satu-satunya agensi yang bertanggungjawab bagi penjualan mata wang ini.

“Bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan, orang ramai dinasihatkan tidak menghubungi lain-lain jabatan kerajaan seperti Pejabat Menteri Besar atau Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi tujuan mendapatkan dinar emas dan dirham ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan telah melipatgandakan modal operasi KGT daripada RM2 juta kepada RM4 juta untuk meningkatkan jumlah pengeluaran mata wang ini.

“Kami telah menyediakan penambahan syarikat pengeluaran dinar dan dirham di sini iaitu melalui syarikat Public Gold Sdn Bhd yang terletak di Penang.

“Dari segi edaran pula, kami juga telah menambah jumlah ejen untuk mengedarkan mata wang ini daripada dua buah iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) Ar-Rahn (Kota Baharu) dan Nubex (Kuala Lumpur) kepada enam buah lagi yang akan dikenal pasti,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Thursday, September 2, 2010

PublicGold Raya Promotion....ooo

Assalamualikum

Peluang Kedua yang menjelma tanpa di duga......anda mampu untuk merubah minda dalam membentuk kaedah simpanan masa depan sambil berpeluang menjadi tokeh emas kecik..
Cuma dengan RM20,000.00 ditawarkan oleh syarikat PublicGold Int.



Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut...0192706224
Download Borang segera..


Learn how to gain something that so valuable for your future & your Family.

'Bisnes emas adalah secara trading dan urusniaga adalah cash. Beli Emas dapat Emas'

Thursday, August 26, 2010

Akhirnya - Dinar Dan Dirham dimiliki

Salam buat sahabat semua.

Alhamdulillah akhirnya tercapai jua hajat Hakikatemas memperolehi dinar kelantan walaupun dari tiga sumber yang berbeza.
Apa yang nyata, kesukaran untuk mendapatkan dinar kelantan pada minggu pertama dan kedua telah membuahkan hasil. Syukur pada Allah walaupun hanya 4 ketul 1/2 dinar, 4 ketul 1 dinar dan berketul-ketul dirham pelbagai nilai/size. Tambahan stok berikutnya akan dilakukan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, hakikatemas ingin berkongsi maklumat yang cukup penting demi ekonomi umat Islam iaitu
- Janji Allah dan Rasul berkaitan Emas dan Perak adalah benar yakni untuk kebaikan umat manusia.
- Emas bukan sekadar disimpan sebagai pelaburan masa depan semata-mata, tetapi harus berlegar diantara si-Kaya dan si-Miskin dalam bentuk yang sebenar iaitu
MATAWANG atau CURRENCY.
- Emas bukan sekadar penyimpan nilai, tetapi ianya dilihat mampu untuk mengekang activiti RIBA (berpuluh jenis riba sebenarnya) kerana nilai Emas tidak mudah dieksplotasi. InsyaAllah.
- Sistem Muamalah Islam yang bersumberkan wang sunnah sebagai salah satu mekanismanya Insyallah akan mampu menambahkan keberkatan hidup kita di akhir zaman ini.
- Perlaksanaan Sistem Perundangan Islam juga berkait rapat dengan dinar dan dirham sebagai salah satu landasan dan kayu pengukurnya.
- dan banyak lagi..

Apa yang pasti, FIKIRAN umat ISLAM kini telah begitu lama dijajah oleh kaedah manipulasi Yahudi dan Nasrani sehingga beratus tahun lamanya, Kita terlupa bahawa matawang sebenar adalah Emas (Dinar) dan Perak (Dirham) dan kitalah yang harus menjunjung kembali kegemilangannya.Bukalah minda hari ini....

"Kenalilah Matawang Islam melalui ILMU"

Saturday, August 14, 2010

Dinar Kelantan - Satu HalaTuju Positif

Salam buat semua...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Esa..HakikatEmas gembira sangat apabila Negeri Kelantan telah melancarkan Dinar dan Dirham sebagai matawang alternatif kepada rakyatnya. Perasmian yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Nik Aziz beberapa hari lepas.
Satu halatuju yang amat positif dalam membangun bersama Islam dengan matawang sunnah diambilkira sebagai medium untuk mengekalkan warisan Nabi kita. Lihat senarai kedai/syarikat yang menggunapakai dinar & dirham di link ini.Hakikat sebenarnya alternatif matawang dinar dan dirham ini akan mampu untuk membentuk kaedah ekonomi yang lebih Islamik dan terjamin dalam mengurangkan belitan riba ke atas umat Islam.Dengan Kilauan yang cukup menarik, Tuan-puan boleh dapatkan maklumat lanjut di http://www.dinarkel.com/. Harga yang tertera di http://islamicmint.com.my/ dilihat lebih sikit dengan PG namun begitu tak pastilah spreadnya berapa sekarang ni.


Dalam pada itu kelihatan media arus perdana yang terus mempolitikkan wang sunnah ini - dan HakikatEmas hanya mampu berdoa semoga mereka akan terbuka hati untuk berubah ke arah Positive Islamic Mind.

Teringat kepada pesanan ..

" Kalau Tak Mampu jadi Garam Untuk Mengelokkan Ikan
dan
Janganlah Kamu Menjadi Lalat Yang Akan Merosakkan Ikan Tersebut'"

Wallahualam

Friday, July 30, 2010

Harian Kosmo : Lebih Mahal DiSimpan Lama


Assalamualaikum semua...

Mungkin belum terlambat untuk Hakikat Emas berkongsi laporan khusus oleh akhbar Harian Kosmo yang bertarikh 27/July/2010.
Tajuk artikel yang cukup menarik dengan menjurus kepada pelaburan EMAS.
Ya,,, Emas tetap menjadi aset yang terus kukuh nilai dan tarafnya.
Penulis juga memaparkan Emas yang dikeluarkan oleh Syarikat Public Gold yang mana kelebihan menyimpan emas jongkong atau syilling dari segi kualiti dan nilai berbanding barang kemas. HakikatEmas bukanlah nak mengulas panjang tentang apa yang telah diberitakan kerana tuan puan boleh linkkan terus ke arkib online , tetapi untuk dikongsi adalah fakta penting EMAS dari offline Harian Kosmo iaitu....

"Sebab memilih pelaburan Emas"
- Tiada pelaburan yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
- Pela
buran Emas adalah selamat.
- Tiada krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang Amerika Syarikat(US).
- Emas di dagangkan mengikut pasaran antarabangsa. - Pasaran Emas terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
- Tiada kerugian melampau seperti pasaran saham atau bon.
- Pelaburan emas boleh mengelakkan berlakunya inflasi.
- Permintaan Emas sentiasa meningkat.
- Emas diperakui sejak turun menurun.


Pesan HakikatEmas, pelbagaikan lah porfolio simpanan dan pelaburan anda.....
Tapi bagaimana...?
....Laburkan wang anda kat Hartanah - belilah tanah...
....Laburkan wang anda kat Saham Amanah - belilah Saham Amanah
....Laburkan wang anda kat Rumah - belilah Rumah
....Laburkan wang anda kat EMAS - belilah EMAS


Sedikit, Sedikit Lama-Lama Membukit...




Yang Pasti ....
JANGAN LEBURKAN wang anda kepada mereka yang menjanjikan untung setiap hari @ minggu @ bulan hanya dengan 4D (Duduk-Diam-Dapat-Duit).

Tuesday, June 8, 2010

Tawaran Peluang Menjadi 'Tokey Emas'

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian.

Hakikat Emas menwar-warkan berita yang cukup menggembirakan bagi semua penggiat activiti pelaburan emas iaitu tawaran menjadi 'tokey emas' oleh Public Gold International.
Syarikat Public Goldpembekal emas dinar dan bullion termasuk juga perak telah mengisytiharkan bahawa pada bulan ini iaitu Jun 2010 sahaja, hanya dengan modal sebanyak RM20000 (Dua puluh ribu sahaja) anda sudah melayakkan anda untuk menjadi pengedar emas berdaftar.
Jadi untuk semua, ambillah peluang ini, bukan setakat membeli emas untuk simpanan masa hadapan , anda juga boleh bergiat sebagai tokey emas kecil dan layak untuk menjual emas serta mendapat sedikit komisen dari syarikat.

Bak kata pepatah Inggeris

' Chance Will Never Come Twice ' .....'Grab It Before You Loose It '

Sunday, May 30, 2010

Assalamualaikum tuan-puan sekalian,

Sudah cukup lama untuk Hakikat Emas tidak menge'post' new info ke blog nie. Minta maaf, kerana kesibukan dengan pelbagai activiti yang agak penting dalam memenuhkan 24 Jam sehari.

Namun begitu, kongsi tetap kena kongsi, kerana ilmu itu hak Allah...
Jadi hari ni Hakikat Emas terpanggil untuk melihat kembali situasi semasa yang merangsang harga emas dan pada masa yang sama sedikit maklumat saham di Bursa Malaysia.

View yang mudah, kita tengok dulu Kitco Gold Chart untuk kenangan harga emas yang telah berlalu, yang mana last price pada 28May2010 adalah USD1214.30 untuk satu ounce Emas.

30hari (harga dulu ~ USD1162),60hari (harga dulu ~ USD1115)
1tahun (harga dulu ~ USD985)
5 tahun(harga dulu ~ USD420)

Apa yang dapat diperhatikan fluctuation tetap akan berlaku pada Harga emas, tetapi yang lebih menarik adalah 'growing path'.
Dan yang seperti sedia maklum, banyak perkara yang telah berlaku seperti masalah Financial di Greece,Euro, thailand riot, internal politik dll yang telah terkesan kepada BSKL sebagaimana graf di bawah.



Jadi, lagi sekali Hakikat Emas tekankan kat sini bahawa kepelbagaian(diversification) portfolio pelaburan amat penting untuk perancangan masa depan keluarga anda. (Contohnya tanah, rumah, saham, unit trust, takaful, emas dll)
Hakikat Emas sarankan untuk pelaburan emas nie bukannya nak kene tunggu harga turun/naik, pastu naik/turun, pastu turun/naik lagi, yang anehnye bukan setakat emas 916 bahkan emas 585 seketul pun TAK beli-beli lagi sampai ke hari ni.

Jadi kita berkongsilah pesanan Sifu Emas iaitu En Syukur, yang mana katanya
''Masa yang paling sesuai membeli emas adalah masa kita ada duit''

Psst... Nak Tau Saham Yang Paling Tinggi Profit..............Banyakkan Simpan Saham Akhirat :)

Tuesday, April 6, 2010

'Safe Box' di Agro Bank

Assalamualaikum
Sidang pembaca yang di hormati...Menarik untuk dikongsikan pada kali ini iaitu antara tempat yang sesuai untuk menyimpan 'wealth' anda. Bukan apa, perkongsian bersama oleh HakikatEmas ini adalah sebahagian dari misi hakikat emas untuk manafaat bersama.

Modal yang cukup rendah untuk menyimpan

a. Buka akaun dengan Agrobank : min RM 50.00
b. Deposit Safe Box : RM 80.00
c. Bayaran Safe Box untuk tahun pertama : RM25.00
d. Duty Stamp : RM 10.00

Jumlah : Tak sampai RM 200.00


Agrobank menawarkan pelbagai pilihan saiz box untuk disewa, dan anda boleh menyimpan emas, perak, jam rolex, lain-lain harta karun ataupun document penting.Selain daripada Safebox , Agrobank juga menawarkan Ar-Rahnu untuk pajak dan gadai.
Emergency dalam biz, buleh merempit seketul-dua goldbar/dinar atau barang kemas sekejap kat sini kerana kadar upah simpannya yang amat berpatutan.

Sila lawati website http://www.agrobank.com.my

Saturday, March 13, 2010

Cuti-Cuti Malaysia - Dinar Kelantan

Assalamualaikum

Permulaan cuti sekolah yang cukup menarik untuk diceritakan.....Kenapa ye...?
Hakikat Emas ingin berkongsi kejayaan membeli Dinar Kelantan yang pertama.
Asalnya sekadar nak try tanye dulu kat Ar-Rahnu di Tanah Merah tapi malangnya Dinar telah kehabisan stok. Dipanjangkan usaha menalipon Ar-Rahnu Pasir Mas dan Machang, negatif juga jawapan yang diterima . Hanya di Rantau Panjang yang masih ada I Dinar Kelantan dan Alhamdulillah diperolehi jua akhirnya sebagai pengubat hati setelah gagal pada bulan Dec tahun lepas. Sempatla jugak shopping cikit kat situ.Makluman bersama mengenai Dinar Kelantan yang mana ianya adalah lebih-kurang sama dengan lain-lain dinar emas, dengan fungsi utama sebagai penyimpan nilai dan 'future money' anda. Sedikit berbeza cuma ia menggunakan emas 917 manakala harga sedikit rendah dari PG 1 dinar. Namun begitu spreadnye agak tinggi selain kesukaran untuk mendapatkan stok.

Misi Hakikat Emas untuk Dinar Kelantan adalah kena dicukupkan menjadi satu set iaitu 1/4 Dinar, 1/2 Dinar dan 2 Dinar baharulah meriah koleksi. Tapi masalah stok kat Ar-Rahnu pulak yang sentiasa takde.
Mengikut maklumat staff Ar-Rahnu Pasir Mas, sekarang ni Emas Dinar cepat sangat habis sebab dah ramai yang kenal dan membeli serta menyimpan emas sebagai rutin. Sekian..

...Ramai dah mula menyimpan emas.... Anda Bila Lagi.....?


Maklumat Lengkap mengenai Permodalan Kelantan Berhad (PKB) silalah ke www.pkb.net.my


Monday, March 8, 2010

Kisah Pajak Gadai Islam dan EMAS

Assalamualaikum sidang pembaca yang dihormati,,,,

Sekadar berkongsi cerita berkenaan misi Hakikat Emas yang dah terlaksana, iaitu mengenali apa itu sistem pajakgadai ISLAM dan juga bagaimana kaedah boleh membantu (ketika terdesak ONLY).
Secara asasnya sistem pajak gadai Islam bermaksud orang ramai yang memerlukan wang segera boleh mencagarkan barangan kemas kepada pihak bank atau syarikat tertentu yang menawarkan pinjaman tanpa faedah dengan kadar upah simpanan yang tertentu mengikut kaedah syariah.Kedai Pajak gadai yang telah di kunjungi adalah AR-RAHN Permodalan Kelantan Berhad di Jalan Raja Laut.
Perkiraan mudah untuk anda fahami adalah sebagaimana berikut.

Lawatan Pertama :

Barangan : 1 kpg Goldbar 20gm & 2kpg 1 Dinar
Jumlah Berat : 28.50gm
Nilai Marhun : RM 3,343.50
Jumlah Hutang : RM 2,200.00
Upah Simpan Bulanan : RM 41.80

Lawatan Kedua
:
Barangan : 1 kpg 10Dinar & 1kpg 5 Dinar
Jumlah Berat : 63.76gm
Nilai Marhun : RM 7,268.70
Jumlah Hutang : RM 4,650.00
Upah Simpan Bulanan : RM 88.35




Lawatan Ke-3 :
( Hari ke 15 belas - utk TEBUS balik)

Modal yang di bawa : RM 3,000.00
Barang yang di tebus : 1 kpg Goldbar 20gm & 2kpg 1 Dinar
Bayaran Hutang : RM 2,200.00
Bayaran upah simpan : RM 20.90
Baki : RM 779.10

Dari baki tersebut, RM 730.00 digunakan untuk bayaran ansuran kepada emas
10 & 5 Dinar yang masih lagi disimpan (manakala RM 40.10 untuk bayaran upah simpanan selama 15 hari yang lepas) .

Jadi resit baru telah dikeluarkan seperti berikut
Barangan : 1 kpg 10Dinar & 1kpg 5 Dinar
Jumlah Berat : 63.76gm
Nilai Marhun : RM 7,268.70
Jumlah Hutang : RM 3,920.00
(baki yang belum dijelaskan)l
Upah Simpan Bulanan : RM 74.47
(nilai upah yg baru)

Lawatan Ke-4 : ( Hari ke 15 belas berikutnya - settle semuanya ( RM 3,920.00 dan RM 37.25 ) dan tertebuslah 10 & 5 Dinar)

Conclusion
a. Nilaian emas adalah mengikut harga semasa.
b. Jumlah Pinjaman = ~ 60 % dari nilaian barang (marhun).
c. Biasanya aqad pinjam dan simpan adalah untuk 6bulan.
d. Jumlah upah simpan = ~ 1.90 % (30hari) atau ~0.95%(15hari) dari harga pinjaman.
(Untuk maklumat yang lebih jelas silalah ke http://www.pkb.net.my)

" Bertolong-tolonglah demi untuk kebaikan dan ketakwaan "
(Al-Maidah : 2)
Tips Bersama :
-- Ketika kesuntukan wang yang teramat, pastikan anda tidak sewenang-wenangnya offer emas anda kepada 'buyer' online atau offline.

-- Jangan biarkan kilauan kuning tersebut lenyap selama-lamanya.
'Sayang oooo'.
-- Usahakan untuk cari beberapa 'Pak Pajak' dulu dan buatlah sedikit calculation.
-- Pastikan untuk menebus emas tersebut seberapa segera yang boleh.

-- Kalu tak daya gak, cuba tinggikan bayaran ansuran pinjaman yang diambil sebab ianya akan dapat mengurangkan caj upah simpan


Monday, March 1, 2010

Assalamualaikum

Sidang pembaca yang dihormati...Public Jewellery telah dilancarkan, yang mana satu lagi cabang perniagaan emas yang diperluaskan oleh syarikat Public Gold International. Sekadar yang boleh dikongsikan adalah sebahagian gambar-gambar yang agak menarik berkaitan pelancaran produk tersebut.




Untuk gambaran yang lebih jelas, sila lawati laman web www.publicjewellery.com.my.
Psstt... yang pastinyer, duta produk tu dia orang tak jual.