Monday, January 2, 2012

Prestasi EMAS tetap unggul

Salam buat semua pembaca

Alhamdulillah,,, bersyukur kita kerana masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini iaitu ditahun 2012 Masihi.
Rasanya masih belum terlambat untuk saya menucapkan selamat tahun baru dan selamat mengemaskini perancangan AZAM baru yang telah dilafazkan semasa Maal Hijrah tempohari

Sebagaimana maklum tahun 2011 yang lalu telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis buat diri seseorang,, begitu juga dalam diri saya serta sahabat handai yang menceburkan diri dalam bidang berkaitan EMAS sebagai salah satu portfolio pelaburan mahupun sebagai bidang bisness yang menghasilkan pendapatan.

Kita tahu ditahun 2011, telah mengangkat EMAS ketahap 'GOLD RUSH' atau 'SAFE-HEAVEN' yang mana ramai yang telah buka mata kearah simpanan jangkamasa panjang yang selamat. Jadi kita imbau kembali prestasi EMAS sepanjang 2011.


Prestasi EMAS 1 tahun


Harga Pada 1 Jan 2011 : ~ USD 1400
Harga Pada 31 Dec 2011 : ~USD 1600

Purata Kenaikan Setahun

~14.28 %



Ianya kelihatan agak kurang memberansangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Namun begitu kita harus ingat,, setiap pelabur yang bijak dalam memaksimakan untung akan selalunya akan mengambil peluang menggunakan teknik 'Hit n Run' yang membawa maksud ' membeli semasa rendah dan menjual ketika tinggi'

Harga Terendah 2011 : ~ USD 1340 Harga Tertinggi 2011 : ~ USD 1920
Purata Kenaikan
~43.28 %

Bagi mereka yang terlepas 'opportunity' untuk menjual ketika harga tertinggi iaitu dalam bulan Ogos 2011,, no worry... Kita berbalik pada matlamat asal kita dalam pelaburan EMAS iaitu sebagai penyimpan nilai RM and untuk simpanan jangkamasa sederhana atau panjang kerana..... menyimpan EMAS tetap akan menguntungkan...InsyaAllah


















Kadar kenaikan yang hebat untuk 5 & 10 tahun ~300%







Moga fakta yang telah ujud di tahun 2011,akan terus menyuntik semangat juang setiap insan yang kenal akan EMAS.
Fluctuation In Growing Path

No comments:

Post a Comment