Tuesday, January 24, 2012


Lokasi : Perkarangan Rumah Aman & Tempat Parkir Kereta
Bersebelahan
Alamat : Rumah Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Rumah ...Aman, Lot 2A Jalan Bunga Cempaka 2/11, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh : 4 Februari 2012
Masa : 10.00 pagi - 5.30 petang

Yuran : TIADA

Resam Amal Madinah :
1. Tiada tempahan atau booking untuk tapak perniagaan - amalan siapa cepat dia dapat tapak yang diinginkan.,
2. Peralatan keperluan untuk berniaga contohnya meja dsb. perlu di bawa sendiri oleh peniaga.,
3. Peniaga diberikan hak berjualan di Souq tanpa sebarang bayaran seperti sewa tapak, fi iklan, fi kebersihan, fi tandas, dan segala macam fi lagi (bagaimanapun sekiranya berkemampuan peniaga boleh bersedekah ke Rumah Aman)
4. Perniagaan yang adil dari segi harga, timbangan, sukatan yang akan dipantau oleh Ahli Muhtasib Souq,
5. Jual-beli hanya dibenarkan dengan penggunaan Dinar & Dirham Matawang Syariah atau DnD KGT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Arif di talian 012-6526676

AMALAN SUNNAH PENGGUNAAN DINAR & DIRHAM MATAWANG SYARIAH DI DALAM MUAMALAH MENGORAK LANGKAH MELAWAN RIBA DALAM KEHIDUPAN KITA. INSYAALLAH.

Kami mengalu-alukan tuan/puan hadir sebagai pengunjung Souq sekiranya tuan/puan belum sedia hadir sebagai peniaga.

Wassalam.
Share dari ---
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3068918243326&set=o.148329845220224&type=1&theater

Saturday, January 7, 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA- 2012/01/07
Sumber dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasdijangkanaikRM5_662seauns/Article/index_html


Monday, January 2, 2012

Prestasi EMAS tetap unggul

Salam buat semua pembaca

Alhamdulillah,,, bersyukur kita kerana masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini iaitu ditahun 2012 Masihi.
Rasanya masih belum terlambat untuk saya menucapkan selamat tahun baru dan selamat mengemaskini perancangan AZAM baru yang telah dilafazkan semasa Maal Hijrah tempohari

Sebagaimana maklum tahun 2011 yang lalu telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis buat diri seseorang,, begitu juga dalam diri saya serta sahabat handai yang menceburkan diri dalam bidang berkaitan EMAS sebagai salah satu portfolio pelaburan mahupun sebagai bidang bisness yang menghasilkan pendapatan.

Kita tahu ditahun 2011, telah mengangkat EMAS ketahap 'GOLD RUSH' atau 'SAFE-HEAVEN' yang mana ramai yang telah buka mata kearah simpanan jangkamasa panjang yang selamat. Jadi kita imbau kembali prestasi EMAS sepanjang 2011.


Prestasi EMAS 1 tahun


Harga Pada 1 Jan 2011 : ~ USD 1400
Harga Pada 31 Dec 2011 : ~USD 1600

Purata Kenaikan Setahun

~14.28 %



Ianya kelihatan agak kurang memberansangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Namun begitu kita harus ingat,, setiap pelabur yang bijak dalam memaksimakan untung akan selalunya akan mengambil peluang menggunakan teknik 'Hit n Run' yang membawa maksud ' membeli semasa rendah dan menjual ketika tinggi'

Harga Terendah 2011 : ~ USD 1340 Harga Tertinggi 2011 : ~ USD 1920
Purata Kenaikan
~43.28 %

Bagi mereka yang terlepas 'opportunity' untuk menjual ketika harga tertinggi iaitu dalam bulan Ogos 2011,, no worry... Kita berbalik pada matlamat asal kita dalam pelaburan EMAS iaitu sebagai penyimpan nilai RM and untuk simpanan jangkamasa sederhana atau panjang kerana..... menyimpan EMAS tetap akan menguntungkan...InsyaAllah


















Kadar kenaikan yang hebat untuk 5 & 10 tahun ~300%







Moga fakta yang telah ujud di tahun 2011,akan terus menyuntik semangat juang setiap insan yang kenal akan EMAS.
Fluctuation In Growing Path

Wednesday, December 7, 2011

Kijang Emas BNM Semakin Diminati

Salam buat semua bloggers dan pembaca setia.

Sesekali bercerita bab emas, ianya adalah sungguh menyeronokkan dan menghiburkan hati.. Kepuasan akan timbul apabila rakan-rakan yang tak pernah/tak biasa dengan Emas, kini mula menunjukkan minat ke arah kaedah SIMPANAN atau TABUNGAN Emas untuk anak-anak dan keluarga.
Biarpun sekecil-kecil 1gram hingga ke 10gm, atau ke 50gm dsbg.. tidak menjadi soal, yang terpenting kaedah simpanan aset terbaek (EMAS) digunakan sebagai 'PENYELAMAT NILAI' simpanan RM mereka kelak...Tahniah diucapkan..


Hari ini kita berkongsi sedikit sebanyak mengenai satu lagi jenis EMAS yang menawan kalbu iaitu KIJANG EMAS. Beberapa faktor yang boleh dikongsikan disini mengenai KIJANG EMAS....antaranya adalah

a. Dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, bermakna kekukuhan untuk 'buy-back' adalah terjamin.
b. Kadar Spread yang agak sesuai untuk Emas pelaburan iaitu antara ~3% ke ~7%.
c. Mempunyai 3jenis saiz sepertimana dibawah.

Denomination Weight Gold Purity Diameter
RM200 1 oz 9999 37.00 mm
RM100 ½ oz 9999 28.00 mm
RM50 ¼ oz 9999 22.00 mm

d. Pembeli Kijang Emas, secara automatik membantu Bank Negara khususnya, dan negara Malaysia umumnya untuk meningkatkan nilai kekayaan dan kemantapan ekonomi dalam negara

e. Kijang Emas sukar diperolehi yang menyebabkan ianya mempunyai nilai numistika yang tinggi dan sentiasa menjadi rebutan sebagai barangan koleksi peribadi.


Harga Harian Kijang Emas
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

Rujukan Harga Kijang sebelum ini.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Saturday, October 8, 2011

DINAR dan DIRHAM kembali lagi...

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian

Sekadar makluman... InsyaAllah stok Dinar dan Dirham saya akan sampai hari Isnin ini iaitu pada 10 Oct 2011.



Sila hubungi saya sekiranya berminat untuk dapatkan stok Dinar atau Dirham. Harga adalah sebagaimana tertera di sebelah.

Kata-Kata perangsang untuk semua adalah bahawa :

Hanyalah kita sebagai orang ISLAM diharapkan untuk menghidupkan kembali matawang sunnah ini. Berjuang untuk syiar dalam mendokong muamalat ISLAM.


Perbetulkanlah niat tuan atas tujuan mencari dan memiliki Dinar & Dirham.

a. Bukan semata2 ianya cantik atau menarik dan salah satu
portfolio pelaburan yang menguntungkan.
b. Sebagai tanda sokongan dan niat keluar dari kemelut RIBA yang terlampau banyak dalam kewangan hari ini. (asbab dari penggunaan wang kertas )
c. Menghidupkan salah satu amalan sunnah yang mana DnD menjadi intipati muamalat di zaman Raulullah, para sahabat dan para tabi'in.
d. Sebagai nadi penggerak system kewangan Islam apabila DnD digunakan kembali untuk jualbeli, zakat, hadiah, mahar, wakaf, HUDUD dan lain-lain lagi.

Sekian :
Hukum Allah & Sunnah Nabi Ku Junjung,
Dinar n Dirham ditangan kanan ku,
Emas & Perak Ditangan Kiri ku
Wang Fiat & RIBA di telapak kaki ku.