Wednesday, February 10, 2010

Pelabur Skim Emas Kena Tipu Rugi RM25 Juta

GEORGE TOWN -Keghairahan 60 pelabur untuk memdapatkan keuntungan segera dengan menyertai satu skim pelaburan emas yang dijalankan oleh sebuah syarikat lebur apabila kesemuanyamereka dperdaya dan mengalami kerugian kira-kira RM25 juta.

Modus operandi syrikat itu menjual jongkong emas seberat satu kilogram dengan harga di antara RM135,000 dan RM150,000.

Ketua jabatan siasatan jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, syarikat itu turut menawarkan dividen tigaperatus sebulan kepada pembeli sebelum di tawar menjualnya semula pada bulan ketiga.

Bagaimanapun katanya,apabila pembeli bersetuju menjual dan telah menyerahkan jongkong emas mereka, Wakil syarikat terbabit lesap bersama jongkong tersebuttanpa membuat bayaran.

“Siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) dan BANK NEGARA.

“Setakat ini, 30 laporan diterima dan kita telah menahan tiga lelaki dan sedang mengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan,”ujarnya kepada pemberita semalam.


...... artikal ini dari KOSMO 10/02/2010

No comments:

Post a Comment