Salam tuan-puan semua.
Hari ini HakikatEmas sekadar berkongsi beberapa persoalan dari rakan-rakan yang sedang menyiasat syarikat manakah yang paling sesuai dan yang menguntungkan pelanggan.
---------------------------------------------------------------------------
Persoalan yang saya boleh timbulkan
a. Kenapa harga emas 999 (RM181/gm) dia lebih tinggi dari harga semasa di Malaysia??
Harga Persatuan : RM172/gm tak termasuk upah
Harga Public Gold : RM166.9/gm
Harga GCP : RM168/gm
Harga EmasRakyat : RM164.19/gm
----- Lebihan yang melampau nampak gayer untuk cover benefit bulanan dan komisen 0.5%?
b. Berapa range % nilai spread (beza nilai we sell dan nilai we buy) ? Sebab satu masa nanti mesti kita nak jual balik untuk dptkan kecairan (RM), kalau lebih 15% bermakna estimate margin profit 20% setahun dah tinggal 5% (serupa macam simpan duit dalam EPF)
Spread Harga Persatuan : 15% ~ 40% (semua produk - tapi tengok jenis kedai gak)
Spread Harga Public Gold : ~ 15% (barang kemas) 5% ~ 6.5% (untuk bar atau coin)
Spread Harga GCP : ~ 15 % (semua produk)
Spread Harga EmasRakyat : ~ 14% (barang kemas), ~ 5% (bar @ coin)
Spread harga Dinar/Dirham Kelantan : 10%
Kijang Emas Bank Negara : 3.5% ~ 7%
Buku Akaun Emas samada konvensional atau Islamic : 3% ~ 7 %
c. Jaminan kemampuan beli balik oleh syarikat satu hal, kalau sykat takleh amik emas kita, kita nak tolak kemana? sebab range harge we sell dan we buy dah initially tinggi sangat. Kalau di pajakkan pun tak mungkin capai nilai marhun setinggi tu..mungkin habis kuat RM170/gm dan dptlah 65% pinjaman pastu kekal kat dlam 6bulan..jika lelongpun saya tak nampak akan ada lebihan...maksudnya menyimpan kategori rugi.
d. Syarikat ada tak kemampuan untuk proses emas (spt kilang dan tukang) sebab ciri-ciri ini membantu kepelbagaian dalam porfolio emas itu sendiri. Atau mereka hanya broker @ reseller yang manipulate margin umpama benefit untuk tarik minat mereka yang tak tau pasal emas?
e. Dan kalau ada modal lebih cthnya RM50K dan berminat nak dapatkan income bulan2 tanpa buat apa2, baik guna kaedah invest di unit trust (Income Tahunan), atau beli Emas serta guna Teknik Ar-Rahnu (tu pun 6bulan punya extra money) atau kita pump modal di syarikat yang berniaga emas (yang ni mungkin ada bulan2 ikut perjanjian). Tapi sebelum wat ape-ape..stocking emas kat ar-rahnu dulu untuk dapatkan Emas simpanan selain dari nak maksimakan margin RM.
f. Apa tujuan S & P dan juga sijil syariah,,, sekadar untuk menmbahkan keyakinan? Sebab kaedah biasa hanya dengan resit dah memadai. Kat Ar-Rahnu pun dah lama terima kaedah mudah ni. Sebab sebelumni ada juga sykat yang saya dah researh kat Malaysia declare OK tapi dlm web Negara singapore listed bawah SCAM.
g. Satu lagi.. camner sykt create revenue dan sustain constantly untuk bayar monthly benefit.. bukan untuk satu gold buyer sahaja tetapi untuk ramai lagi bagi setiap belian 50gm?? Tak mungkin syarikat sempat gi main saham atau forex (nak increase profit) sebab transaksi kedua tuu adalah lambat berbanding CASH semasa jualbeli Emas.
Jadi di harap maklumat/pandangan peribadi di atas diharap sedikit sebanyak membantu mereka yang tercari-cari halatuju di dalam Portfolio Pelaburan Emas.
Patah Perkataan dari Previous posting - Feb2010
" Tindakan bijak kita akan sentiasa menemani kita sepanjang hidup untuk menyenang dan menolong kita. Seperti yang dijangkakan, bahawa tindakan kita yang tidak bijak, akan menjadi wabak yang menyiksa kita. Penyiksaan yang paling ketara adalah kenangan yang sentiasa menghantui kita apabila kita telah melepaskan peluang yang datang, yang sepatutnya kita rebut untuk mendapat kejayaan. Wassalam
No comments:
Post a Comment