Friday, September 30, 2011

Naik dan Turun Adalah PELUANG

Salam untuk semua..selamat mengharung bulan yang baharu Oct 2011.

Sepertimana yang sedia maklum ...sifat harga emas ada kalanya menaik dan ada kalanya menurun, jadi dalam kesempatan yang agak pendek iaitu bermula dari awal bulan Sept 2011, kejatuhan nilai emas amat ketara.


Secara teknikalnya dari 1SEPT2011 dengan harga tertinggi ~USD1900, Emas telah merudum sebanyak ~14%(USD276) dengan mencecah ~USD1624.
Sebenarnya inilah dikatakan peluang untuk setiap penyimpan, pelabur dan juga usahawan Emas untuk menambahkan stok mereka.

Bil di imbau kembali sejarah 10tahun lampau, prestasi Emas masih lagi membanggakan sepertimana graft di bawah.

FLUCTUATION IN GROWING PATH

Jadi.. Pesanan hakikatEmas untuk semua

a. Penyimpan Emas : Beli emas ketika ada RM fiat di tangan..jangan lengahkan.
b. Pelabur Emas : Beli Emas guna Kaedah Pemurataan Kos ..harga down BORONG.
c. Usahawan Emas : Guna kaedah Pemurataan Kos dan Teknik Ar-Rahnu untuk re-stok, harga meloncat LetGO.

Wednesday, September 14, 2011

Program DINIHARI DINAR



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H
Maaf Zahir Batin


Jemputan Ke Majlis "Rumah Terbuka" Hari Raya DINIHARI DINAR

Pada: Sabtu, 17 September 2011 (Sabtu Ke-3 Syawal)
Di: Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Masa*: Selepas Zohor sehingga sebelum Asar

*Majlis akan menyusul selepas acara DINIHARI DINAR yang akan berlangsung seperti biasa jam 10 Pagi - 1 Petang.

Sila Sahkan Kehadiran/Semak Susun Acara Terkini:
suara/sms: +60102662778
web: www.diniharidinar.my
e-mel: info@diniharidinar.my

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas:
· World Islamic Mint - www.islamicmint.com.my
· Dinar dirham ORG - www.dinardirham.org
· Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. - www.dinarkel.com

Wednesday, August 17, 2011

Salam semua

Sedikit sebanyak mengenai punca kenaikan emas yang berpunca dari kegagalan kawalan hutang negara Amerika. Saksikan..


Sunday, July 10, 2011

Negara Islam disaran guna dinar emas sebagai mata wang tunggal

Salam Buat Sidang Pembaca..

Alhamdulillah sekali lagi maklumat terbaru berkenaan dinar diwar-warkan iaitu pelancaran Dinar Darul Aman. Tahniah kearah muamalah Islam yang lebih mantap.

2011/07/09

ALOR SETAR: Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.


Beliau berkata mata wang negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.
"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.

Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu. - BERNAMA

Link : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NegaraIslamdisarangunadinaremassebagaimatawangtunggal/Article

Friday, July 8, 2011

Dari Mereka Yang Arif

Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014


HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.
Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article

Harga emas RM202.57 segram
Oleh Mahanum Abdul Aziz

2011/07/08

Tuesday, May 24, 2011

BONUS Istimewa

Pakej Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas

Salam buat sidang pembaca sekalian.
Sekadar berkongsi cabang untuk mencari ilmu melalui pembacaan E-book.
Ada beberapa bonus istimewa yang ingin saya maklumkan kepada anda pada hari ini. Sudah tentu ianya bukan bonus biasa. Dengan pemberian bonus ini, anda akan dapat lebih banyak manfaat selain dari produk utama yang ditawarkan. Berikut adalah bonus yang dimaksudkan itu;

Bonus #1 Ebook Pelengkap Teknik Rahsia Memajak Emas.

Dengan mengetahui bonus rahsia ini, anda kini mampu memajak emas dan mengetahui bagaimana secara praktikalnya meminimakan upah simpan. Best tak kalau anda pajak emas, upah simpan FREE tak perlu bayar, tapi boleh beroleh UNTUNG.?

Bonus #2 Indicator File
Tidak perlu anda outsource software atau bahan lain untuk memulakan strategi pelaburan emas 2 in 1 yang disarankan, segala indicator dan signal khas yang diperlukan akan diberikan bersama dengan pakej ini untuk anda baca dan buat terus.Ebook ini guna konsep anda "Learn and Earn."

Bonus #3 Free Update Kajian Kes

Oleh kerana pelaburan emas bersifat dinamik dan sentiasa berubah-ubah, maka strategi pun kenalah berubah. Anda akan diberikan update secara percuma kajian kes strategi pelaburan atau teknik terbaru untuk manfaat bersama.

Bonus #4 Ebook Develop Your Financial IQ

Ebook percuma diberikan untuk membolehkan anda mendapat idea bagaimana untuk keluar dari permasalahan kewangan yang membelenggu hidup.

Bonus #5 Bantuan dan Support

Anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dalam membaca dan mengaplikasikan apa yang dibaca. Menariknya anda akan diberikan akses percuma kepada 1 kali FREE Sessi Worksyop Teknikal Teknik Manipulasi Pelaburan Emas yang akan diadakan pada satu tarikh dan masa yang hanya pembeli sahaja tahu.

Bonus #6 Personal Support dan YM

Bonus ini khas untuk kuota 100 pembeli pertama pakej ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia SAHAJA. Anda akan diberikan personal handphone number dan Yahoo Messenger penulis untuk membolehkan anda bertanya permasalahan dan kemuskilan dalam pelaburan emas, emas terpakai, carta emas, pendek kata apa jualah tentang emas.

Wah! Terlalu banyak bonusnya. Yang pastinya untuk menjaga eksklusifnya teknik ini, kuota jualan ebook ini saya buka untuk 300 unit sahaja.

Dapatkan segera, beruntunglah orang-orang yang sentiasa berfikiran positif.

Teknik Pelaburan Emas Terbaik

Dengan pakej ebook ini beserta bonus-bonusnya, sudah pasti ianya tidak akan kembali jika kuota jualan sudah dipenuhi.

Baru-baru ini jualan pra-pelancaran sahaja menyaksikan kuota 50 unit pertama terjual. Jadi jangan tunggu lama untuk bertindak!!

Teknik Pelaburan Emas Terbaik

Tuesday, May 17, 2011

Salam Sidang Pembaca sekalian

Sekadar war-warkan mengenai Bazar Dinar & Dirham. Tuan-puan boleh bawa keluarga kerana aktiviti adalah SANTAI sambil belajar untuk kenal dan guna dinar & dirham sebagai matawang sebenar (real money).


Jemputan Ke Dinihari Dinar

Di: Masjid Saidina Umar Al-Khattab (alamat & pautan peta di bawah)
Pada: 10 Pagi - 1 Petang, Sabtu, 17 Jamadil Akhir 1432 / 21 Mei 2011
Datanglah beramai-ramai untuk:

Iman • Taqwa kepada Allah menurut perintah dalam Al-Quran.
Ilmu • Mengenali Matawang Syariah dari Sunnah Rasulullah SAW & para Sahabat; dan penggunaan kini.
Amal • Bermuamalat dengan Wang Halal Dinar emas dan dirham perak.

Antara aktiviti yang dirancang (tertakluk pada perubahan):

1. Penyampaian
2. Motivasi
3. Seruan Tindakan
4. Soal Jawab
5. Jual Beli menggunakan DnD Kelantan (Stail Car-Boot Sale)

Kehadiran & penglibatan semua pihak ke acara terbuka ini amat dialu-alukan.

Penaja:· Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.
Anjuran Bersama:· World Islamic Mint·
Jawatankuasa Penaja Koperasi Dinar :
Acara - Irwan 010-2662778
Logistik - Hj Awaludin 019-2183317
Hal-Ehwal Muamalat - Mazli 017-6300178
www.dinardirham.org
....more information»
http://www.dinardirham.org/announcement/invitationtodiniharidinar-dawnofthedinar-1

Wassalam Dari Hakikat Emas