Thursday, March 17, 2011

Salam Tuan Puan

Antara Maklumat yang boleh di kongsikan bersama adalah bagaimana rakyat Amerika sendiri sudah mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan diri mereka.


atau anda boleh baca di http://goldinformationcenter.com/tag/legal-tender/

Akhir sekali.. nak tak nak, sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.. kedua dua metal emas/perak tu adalah jenis yang patut disimpan paling banyak sekali apatah lagi kearah penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang sejagat.

Jangan lah terlalu mencari-cari sehingga belum bermula sebab fakta sudah tersedia...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :
Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar(emas) dan Dirham(perak) (untuk digunakan).
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Apalah sangat keuntungan 30% kalau kita masih lagi belum berjuang untuk hapuskan riba..
Apalah guna keuntungan 100% kalau kita tak mampu untuk menyokong perjuangan ke arah matawang syariah...

Sedangkan mereka yang kafirun pun dan bermula menggunakan GoldCoin sebagai matawang (back to nature - sunnatullah). Mereka tak dikutuk oleh bangsa mereka, rakan seagama mereka malahan disokong dan dibenarkan dengan status 'Legal Tender'.


KITA SENDIRI...AYUH BERMULA...dapatkan Dinar & Dirham Segera

JANGAN TERLEKA DENGAN RM YANG MENGGUNUNG..

INFLASI SENTIASA MENCENGKAM RM ANDA SETIAP HARI.

Tuesday, March 1, 2011

Perak Lancar Dinar Emas Dan Dirham Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak pada Isnin melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.

Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.

"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepasmajlis perasmian Dinar Emas dan Dirham Perak di sini, Isnin.

Dr Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd (Goldnet), sebuah syarikat usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn Bhd).

Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.

Pada muka hadapan instrumen itu dicetak dengan lambang kerajaan negeri Perak manakala di bahagian belakang pula terdapat cetakan yang serupa dengan mata wang yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abdul Malik ibn Marwan.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa Maher Zain. - BERNAMA 1 Mac 2011