Monday, January 31, 2011

20gm GoldBar PublicGold - Emas 999(24K) : Untuk Dijual

Tuesday, January 25, 2011

Perak Perkenal Dinar Emas, Dirham Akhir Bulan Depan

Selasa Januari 25, 2011

IPOH: Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.

"Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari ini.

Segala perincian, mekanisme serta bentuk mata wang berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, kata Mohamad Zahir.Dinar emas dan dirham itu akan dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengerusi KFH Shaheen al Ghanem berharap hubungan yang terjalin termasuk dalam aspek nasihat kewangan serta sokongan dalam pengeluaran bantuan modal dengan kerajaan negeri dapat diteruskan pada masa depan.

"Kami juga sebenarnya dalam proses untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia dan sedang melihat kemungkinan mewujudkan cawangan di Ipoh pada masa terdekat kerana berpuas hati dengan inisiatif pembangunan yang ditunjukkan kerajaan negeri," katanya. - Sumber : BERNAMA


Wednesday, January 12, 2011

50gm GoldBar Public Gold 999 (24K) : Untuk Dijual

Wednesday, January 5, 2011

EMAS AMSYIQ: DUIT, EMAS DAN PERAK

EMAS AMSYIQ: DUIT, EMAS DAN PERAK: "HAKIKAT DUIT Duit disisi fuqaha’syariat Islam Dimaksudkan dengan duit pada istilah fuqaha’ ialah yang ditempa dari emas dan perak. Dikatak..."

Monday, January 3, 2011

1 Dinar PublicDinar - Emas 916 (22K) : Untuk Dijual



Saturday, January 1, 2011

Menjulang Kegemilangan Emas

Salam Tahun Baru buat Semua.

Merujuk kepada apa yang dah berlaku dalam industri biz emas 2010,, kita hari ini telah melangkah setapak lagi ke tahun baru yang mana ianya sentiasa menjanjikan peluang untuk semua...Insyaallah
Trend kenali emas sebagai salah satu cabang pelaburan semakin hari semakin diminati. Itulah yang dipanggil AURA yang semakin MENYERLAH.Tak kiralah mereka pilih jenis porfolio pelaburan emas yang macammana sekalipun, asalkan ianya tak lari dari perkataan EMAS.

Emas Sebagai Simpanan , Pelaburan & Matawang
Emas Sebagai Simpanan & Pelaburan
Emas Sebagai Simpanan & Hiasan

Emas Sebagai Pelaburan 'Mampu Milik'


Harga dan nilai emas dilihat sebagai faktor utama dalam biz ni yang mana prestasinya tak pernah disangkal oleh sesiapa. Boleh rujuk sebagaimana fakta dibawah

Prestasi EMAS 1 tahun

Harga Pada 1 Jan 2010 : USD 1096
Harga Pada 31 Dec 2010 : USD 1421
Purata Setahun

29.65 %


Apa yang hendak di tekankan disini, walaupun sehebat mana prestasi emas menjangkau masa, setiap individu haruslah berpegang kepada matlamat asal pelaburan emas mereka. Samada short term, medium term atau long term investment.
Sepertimana maklum, Emas digunakan untuk simpanan menunaikan haji kelak, pelan pendidikan anak2, simpanan hari tua dan berbagai lagi
Tetapi jangan lupa, Emas(dinar) jualah selayaknya menjadi syiar kepada matawang syariah kearah muamalat Islam. Amin...